Review Jujur Kerusi Gaming TTracing Duo V3 Air Threads Fabric

Assalamualaikum w.b.t ~

Bismillahirahmanirahim.

Hai semua, semoga kalian semua yang membaca sentiasa sihat di samping keluarga tercinta.

Kebelakangan ni, saya selalu sakit pinggang dan bahu.

Mungkin sebab duduk terlalu lama di kerusi mengadap laptop bila nak siapkan kerja-kerja design dan marketing.

Kerusi saya masa tu bukan lah selesa sangat untuk long working hour. Kerusi ofis biasa saja.

Jadi, saya decide untuk cari yang lebih ergonomic dan lebih berkualiti. 

Bila survey, kerusi ofis yang ada ciri-ciri saya nak ni, harganya Ya Rabbi. Mahal sangat lah pulak. Bajet saya bawah RM500 sahaja.

Sebab tu lah saya tukar fikiran dan mula survey kerusi gaming. Lebih stylish, design yang tak membosankan.

Macam-macam jenama kerusi gaming ada di pasaran sebenarnya. Ada yang murah ada yang mampu milik dan yang tak masuk akal pun ada.

Antara yang menarik perhatian saya adalah dari jenama TTracing dan TOMAZ.

Mula-mula saya survey di Shopee. 

Tapi biasalah, bila dah search apa-apa di Shopee atau Google, masuk je Facebook, macam-macam iklan kerusi gaming keluar.

Yang menariknya, ada satu iklan dari TTracing ni lalu di wall saya dan menawarkan diskaun harga yang agak banyak sempena promosi jualan 10.10.

Bila saya compare dengan Shopee pun, masih jauh lebih murah. Siap dapat penghantaran percuma lagi.

Saya terus  decide untuk ambik jenama TTracing ni je lah terus. Pilihan design pun banyak.

Selepas di timbang-timbang, saya ambil keputusan untuk beli Duo V3 TTracing. 

Oh ya,

Saya ambik yang jenis fabric. Ada juga PU Leather.

Tapi, saya tak suka, risau nanti lama-lama jadi pecah-pecah dan menggelupas. Lagi satu, panas bila duduk lama-lama. Ini saya baca review dari pembeli Duo V3 PU Leather.

Ada 2 pilihan warna untuk yang jenis fabrik ni. Dusk dan Dawn.

Saya pilih warna Dusk sebab tak nak nampak kotor. Dawn ni ala-ala kelabu cerah. Mudah kotor pada pendapat saya.

Saya order di website TTracing terus dengan harga RM344. Mudah dan cepat.

Alhamdulillah mereka sangat efisien dalam menguruskan order. Esoknya saya terus dapat kerusi gaming ni.

Mereka hantar guna SkyNet.

Besar dan berat juga kotak ni sebenarnya.

Untuk pemasangan pula, sangat mudah. 

Ada di berikan manual pemasangan. Senang nak faham.

Cumanya, bila nak pasang penyandar belakang tu, kena buat 2 orang. Sebab berat dan besar.

Saya terlupa nak ambil gambar waktu pemasangan. Dah siap pasang, baru teringat. Maaf lah ya. Teruja sangat. Hehe.

Bila dah siap pasang tu, memang nampak sturdy sangat kerusi gaming ni. 

Saiznya bagi saya sangat sesuai untuk wanita dan lelaki yang tak terlalu tinggi.

Dengan saya memang ngam. Empuk sangat. Rasa lah kualitinya tu, premium.

Kalau tanya saya, dengan harga RM344, sangat berbaloi saya laburkan. Kalau beli yang harga beribu tu, tak tahu lah apa rasanya kan. Mesti lagi best lah kot.

Selesa sangat nak buat kerja. Kerusi gaming ni jenis buckle seat, rasa macam kena peluk time buat kerja tau.

TTracing Duo V3 ni, head pillow nya memang melekat kat kerusi. Jadi, memang selesa, tak bergerak-gerak bila kita bersandar. Pada saya, saya lebih suka design macam ni.

 

Satu lagi ciri yang saya sangat suka pada kerusi gaming TTracing Duo V3 ni adalah armrest nya. 

Memang terbaik.

Cukup lebar dan paling best, ada kusyen jugak. Rasa best dan selesa sangat bila nak rehatkan tangan.

Cuma untuk Duo V3 ni, armrest nya tak boleh laras ya. Sama juga dengan backseat, tak boleh laras juga.

Kalau korang pentingkan dua ciri ni, kerusi gaming Duo V3 oleh TTracing ni tak sesuai lah untuk korang. Tapi korang boleh ambil TTracing Swift X 2020.

Saya tak perlukan 2 ciri tu sebab, saya bukan jenis yang suka berehat atau tidur di kerusi kerja.

Okay lah,

Sampai sini dulu perkongsian saya untuk kalini. 

Jika anda ingin mendapatkan kerusi gaming TTracing Duo V3 seperti saya ni, anda boleh dapatkan DI SINI. Insha Allah, boleh dapat diskaun RM30.

Di harapkan perkongsian ini dapat sikit sebanyak membantu korang yang mungkin tengah mencari kerusi gaming yang ada di pasaran Malaysia ni.

Ingat, fokus pada keperluan dan bajet sendiri. 

Sampai jumpa lagi dalam next entri. Assalamualaikum.

Facebook
WhatsApp
Twitter
Pinterest

RECENT POSTS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT AUTHOR
Seorang Ibu. Berkelulusan Sarjana Kejuruteraan Kimia dari UTM. Sekarang bekerja secara freelance sebagai website dan grafik designer, dan juga sebagai online marketer. Saya adalah surirumah sepenuh masa yang suka menulis, meneroka ilmu dan juga berkongsi.

Hargailah apa yang anda nikmati saat ini. Kerana kebahagiaan takkan pernah datang selagi kita tak belajar mensyukuri apa yang sekarang kita miliki.

ADVERTISEMENT

Dapatkan Produk Ibu Dan Anak Yang Berkualiti Dengan Harga Terendah

FOLLOW ME ON
My gallery